Apakah yang telah terjadi pada hari ini? BANGUN LAMBAT LAGI!!!!! hahaha... Kelas sepatutnya bermula pada jam 8.30 pagi dan saya terbangun pada pukul 8.30 pagi. Disebabkan tidur lewat malam semalam pada pukul 3.00 pagi *menyiapkan blog yang sepatutnya dihantar pada hari ini. Tak Mandi Pagi Tadi. Terus bergegas ke kelas. Sampai di kelas, tingkat 8. Tanpa rasa ragu-ragu, aku pun terus mengetuk pintu dan memberi salam kepada *En B. Macam yang telah dijangkakan berlaku, En B pun membahan aku, sepertimana beliau membahan aku pada tempoh hari. Kena duduk depan sekali pula tu. *Tak apa lah. Duduk depan dapat 100%.
Maka, dimulakan hari dengan doa dan diikuti dengan ujian bahasa inggeris pertama *English 1st Test. Buat ujian dengan pelbagai ujian *mengantuk sangat. Haha.
Kemudian, selesai ujian, keluar kelas, rancangan seterusnya, pergi makan dekat kedai nasi lemak murah. Tapi, budak-budak lelaki dah pergi dulu, tinggalkan aku. Tak apa, kawan-kawan baik masih ada disisi,menemani aku untuk pergi ke kedai itu. Maka, berjalanlah kami ke kedai itu. Aku kali ni, tak order nasi lemak, ataupun roti canai+susu pekat. Hari ini, makan roti sardin dengan milo ais. Kali ni kena diet, sebab ada orang cabar aku untuk tidak makan nasi dalam masa satu bulan. Maka, tidaklah aku akan dekat dengan nasi selama sebulan.
Sebenarnya banyak lagi cerita harini, tapi secara ringkasnya, kawan aku datang nak jumpa aku kat KBM, bawa pergi Tun Mutahir, tiba-tiba kereta dia rosak pula. Punya la dia datang jauh,semata-mata nak jumpa aku. Bila dah rosak,tak boleh hidupkan, aku tak ada alternatif lain, dengan meminta kebenaran meminjam motor kepunyaan "abang" aku.
Panjang lagi ceritanya, pergi print assignment, ada orang tolong bayarkan, tapi nanti aku kena bayar balik la. Naik motor macam merempit. Lepas tu, kereta kawan aku macam dah okay, dia pun balik. Aku pula lepas tu pergi teman akak kat bawah blok aku berniaga. Lepak lepak sekejap sebelum naik bilik. Terdengarlah suara suara budak-budak perempuan jerit jerit pasal tengok bola. *aku tak minat sangat bola ni.
Rasanya, tu je kot yang aku nak cakap kan. Nanti aku update lagi . -chows-